MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) dengan tegas mengesahkan bahawa Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria, tidak menggunakan dana kerajaan untuk menghadiri Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis bersama keluarganya.
MOM dalam satu kenyataan menegaskan bahawa semua perbelanjaan bagi keluarga Norza dibiayai secara peribadi oleh beliau sendiri. MOM dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hanya memudahkan akses untuk mematuhi peraturan yang tertetap, memastikan tiada sumber kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut.
“Kehadiran Norza di Sukan Olimpik, bersama keluarganya, adalah selaras sepenuhnya dengan peraturan IOC dan MOM,” jelas kenyataan itu.
MOM turut menjelaskan tentang kuota khas yang sering dikritik, yang dikhaskan untuk pucuk pimpinan badan atau jawatankuasa Olimpik negara. Ini termasuk Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Negara, dan Menteri Sukan, yang memberi akses ke kawasan VIP tanpa termasuk akses kepada padang permainan, bilik persalinan, atau penginapan atlet di Perkampungan Sukan.
“Kuota ini tidak praktikal untuk digunakan oleh jurulatih atau kakitangan sokongan kerana ia tidak menyediakan akses yang diperlukan untuk menyokong atlet secara efektif. Pasukan sokongan kepada atlet perlu diatur di luar akses IOC,” tambah kenyataan itu.
Artikel Berkaitan:
- UMNO Bahagian Kota Raja Minta Kerusi Pilihan Raya: Pengerusi PH Selangor Akan Pertimbang
- DAP Tidak Terima Jemputan BN Untuk Berkempen di PRK Nenggiri
MOM menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada atlet-atlet negara dalam usaha mereka mewakili Malaysia di pentas dunia.
Sumber : Sinar Harian