JITRA: Operasi mencari pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, yang dipercayai dicampak ke Sungai Padang Terap dengan tangan terikat dan mulut ditutup pita pelekat, diteruskan pagi ini.
Pemerhatian di lokasi menunjukkan bahawa operasi pencarian yang kini memasuki hari ketiga telah meliputi kawasan sepanjang 13 kilometer dari Jambatan Lubuk Batu hingga ke Jambatan Kepala Batas, dekat sini.
Operasi berkenaan disertai oleh pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Proses pencarian bermula seawal jam 10 pagi.
Isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, bersama ahli keluarga dan rakan-rakan turut hadir di lokasi pencarian di Jambatan Lubuk Batu, dengan harapan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai nasib suaminya.
Baca Juga:
- Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak kekal dalam padang
- Amerika, Israel bincang tindak balas ke atas Iran
Sebelum ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, mengesahkan bahawa dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun telah ditahan pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan kes kehilangan Sabari.
Media melaporkan bahawa Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu, dan kereta Proton Waja yang dinaikinya ditemui hangus terbakar di kawasan Belantik, Sik.
Sumber: AstroAwani
Saya setuju, pemilihan platform memang penting. Kalau nak cuba game yang senang menang
dengan banyak bonus menarik, boleh tengok kat sini: https://rjb88.com/.
Banyak pilihan game yang best!