Ini hanya pusingan pertama – Hezbollah

Kumpulan pejuang Hezbollah bersedia untuk "mengorbankan darah dan jiwa untuk tanah air dengan rahmat Tuhan." - Gambar AP
Kumpulan pejuang Hezbollah bersedia untuk “mengorbankan darah dan jiwa untuk tanah air dengan rahmat Tuhan.” – Gambar AP

Ketua Pejabat Media Hezbollah, Mohammad Afif, menyatakan bahawa kumpulan itu mempunyai bilangan pejuang, senjata, dan peluru yang mencukupi untuk menentang Israel.

“Kami memberi jaminan kepada anda (musuh) bahawa ini hanya permulaan,” ujar Afif kepada pemberita di selatan Lubnan, sambil menegaskan bahawa kumpulan itu bersedia untuk “mengorbankan darah dan jiwa demi tanah air dengan rahmat Tuhan.”

Afif turut menambah, “Apa yang berlaku di Maroun al-Ras dan kawasan lain, termasuk Odaisseh, hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.”

Baca Juga:

Beliau turut memberi amaran bahawa kelebihan udara Israel akan “berubah menjadi kerugian di darat.”

Sumber: Al Jazeera

1 Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *