Peniaga dari ‘syurga’ jual nasi lemak ikan bawal RM1

Nasi lemak ikan bawal goreng yang dijual pada harga RM1 mendapat perhatian warganet.
Nasi lemak ikan bawal goreng yang dijual pada harga RM1 mendapat perhatian warganet.

SHAH ALAM – Kebiasaannya hidangan nasi lemak berharga RM1 hanya disertakan sedikit sambal, beberapa ekor ikan bilis dan kacang tanah.

Namun perkongsian seorang pengguna TikTok @maizah888 menarik perhatian warganet apabila menunjukkan nasi lemak yang dibeli berharga RM1 lengkap dengan lauk dalam satu bungkusan.

Wanita dari Benut, Johor itu tidak menyangka hidangan lengkap nasi lemak itu dijual pada harga serendah RM1 yang turut disertakan seekor ikan bawal goreng.

Secara logiknya, harga hidangan itu sudah pasti melebih RM1, tetapi itulah harga dibayar oleh wanita berkenaan.

Wanita itu yang juga seorang peniaga makanan seakan tidak percaya masih ada penjual yang baik hati menawarkan nasi lemak harga seakan bersedekah.

“Tengok zaman sekarang tahun 2024, nasi lemak RM1 siap dengan ikan, kacang dan sambal,” katanya teruja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat penawaran itu pada harga mampu milik.

Pemilik akaun @Sabil menyifatkan penjual nasi lemak itu memilih keberkatan dalam urusan perniagaan.

Baca Juga:

“Peniaga dari syurga, kejar pahala berbanding keuntungan. Terbaik,” katanya.

“Alhamdulilah kalau jual mahal kena kecam, jual murah siap kena viral. Zaman sekarang, buat demi sedekah tetapi sebagai pembeli harus fikir juga mana untung penjual,” ujar @Firdacarlina Dahlefj.

“Di tempat saya, masih ada nasi lemak harga RM1 cuma ada ikan bilis, kacang dan telur rebus,” menurut @HASSIM RENJER.

1 Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *