Remaja Maut dalam Kemalangan di Bandar Baru Tambun

Anggota bomba menggunakan ‘air lifting bag’ untuk meninggikan kenderaan dan memberi ruang bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung. - Gambar ihsan JBPM Perak
Anggota bomba menggunakan ‘air lifting bag’ untuk meninggikan kenderaan dan memberi ruang bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung. – Gambar ihsan JBPM Perak

IPOH: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Bandar Baru Tambun, awal pagi ini. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mengesahkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.19 pagi. “Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan MPV menyebabkan penunggang motosikal terperosok di bawah kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga:

Anggota bomba menggunakan ‘air lifting bag’ untuk mengangkat MPV bagi memudahkan proses mengeluarkan mangsa. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Suhaimi Nijar, selesai pada jam 1.46 pagi.

-Astroawani

2 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *