Mendengar Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas, tentang langkah mengekang pencemaran air di Pasir Gudang, Johor, mengingatkan penulis kepada tragedi Sungai Kim Kim. Dalam belanjawan itu, kerajaan mengumumkan projek menaik taraf loji rawatan kumbahan dan membina rangkaian paip pembetungan di Sungai Kim Kim yang menghubungkan Pasir Gudang dan Masai.
Lima tahun telah berlalu sejak insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac 2019, yang menjejaskan kesihatan lebih daripada 2,000 orang awam. Kejadian tersebut turut menyebabkan 111 sekolah ditutup, dan hampir 1,000 orang memerlukan rawatan perubatan, termasuk sembilan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.
Mangsa seperti Irfan Wafiy Idham Wazir, 16, masih menderita penyakit miokimia akibat insiden ini. Setiap kali terdapat pencemaran air di Johor, seperti yang dilaporkan baru-baru ini di Sungai Pandan, memori tragedi Sungai Kim Kim pasti kembali menghantui penduduk setempat.
Baru-baru ini, insiden pencemaran bau yang kuat melanda beberapa kawasan di Johor Bahru, menyebabkan penduduk terpaksa memakai penutup hidung dan mulut, serta sekolah-sekolah di kawasan tersebut ditutup. Pencemaran ini, yang berpunca daripada gas amonia di sungai berdekatan, bukanlah kejadian yang pertama kali berlaku di negeri ini.
Baca Juga:
- Penuntut UiTM Puncak Alam Meninggal Dunia Selepas Rebah di Fakulti
- Suri Teladan Penting Bagi Meningkatkan Atlet Wanita Berjaya – Sharon Wee
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menuntut tindakan tegas terhadap pelaku pencemaran, namun isu pencemaran sungai masih berlarutan. Walaupun ada tindakan undang-undang terhadap pelaku, pencemaran sungai tetap berulang, menimbulkan persoalan tentang keberkesanan langkah pencegahan yang diambil.
Walaupun begitu, kejayaan memulihkan Sungai Segget di Johor Bahru menjadi bukti bahawa dengan usaha bersepadu, sungai yang tercemar boleh dipulihkan. Sungai Segget, yang dahulunya terkenal dengan pencemaran dan bau busuk, kini bersih dan menjadi tarikan pelancong, menunjukkan harapan untuk sungai-sungai lain yang menghadapi nasib sama. -SinarHarian
Join thousands of players who have found their ultimate gaming destination. At https://rjb88.com/, quality meets excitement, and every game is a chance to win big.