Harimau Malaya Dijangka Naik Ke Ranking FIFA Ke-128 Dunia

Skuad negara berjaya meraih keputusan seri 1-1 ketika menentang India di Hyderabad. Foto FAM
Skuad negara berjaya meraih keputusan seri 1-1 ketika menentang India di Hyderabad. Foto FAM

KUALA LUMPUR – Kedudukan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka meningkat lima anak tangga ke tempat ke-128 dunia, susulan prestasi memberangsangkan dalam aksi persahabatan Tier 1 bulan ini.

Menurut kiraan tidak rasmi, skuad negara mengumpul 2.97 mata selepas kemenangan 3-1 ke atas Laos di Bangkok dan tambahan 0.16 mata setelah seri 1-1 dengan India di Hyderabad.

“Kemenangan ini bukan sahaja mengangkat moral pasukan, tetapi juga melonjakkan Malaysia di ranking FIFA, melepasi Indonesia yang kini berada di tangga ke-132,” menurut laporan.

Namun, kedudukan Malaysia masih berpotensi berubah, bergantung kepada keputusan perlawanan Indonesia menentang Arab Saudi dalam Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.


Cabaran Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027

Malaysia dijangka kekal dalam Balang 2 untuk undian pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal berlangsung pada 19 Disember ini.

Skuad negara berkemungkinan berdepan pasukan kuat dari Balang 1 seperti Syria, Tajikistan, Thailand, Vietnam, atau Lubnan.

Kemaskini rasmi ranking FIFA dijadualkan pada 28 November 2024, dengan sebarang perubahan mata dan kedudukan masih berpeluang berlaku sehingga tarikh tersebut.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *