Serangan Udara Israel di Beirut Ragut Empat Nyawa, 23 Cedera

Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk. - Reuters
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk. – Reuters

BEIRUT – Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan maut dan 23 lagi cedera dalam serangan udara Israel di kawasan padat penduduk di ibu negara Lubnan, Beirut, pada Sabtu.

Menurut laporan agensi berita Xinhua yang memetik saluran televisyen tempatan al-Jadeed, serangan tersebut menyasarkan sebuah bangunan kediaman lapan tingkat di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka. Insiden itu turut merosakkan beberapa bangunan berhampiran.

Pasukan pertahanan awam masih menjalankan usaha mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan, manakala ambulans berada di lokasi untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital.


Sasaran Pegawai Hizbullah

Media Israel melaporkan bahawa serangan itu dipercayai mensasarkan seorang pegawai kanan kumpulan Hizbullah, walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai identiti mangsa.

Sejak 23 September, tentera Israel dilaporkan meningkatkan serangan udara ke atas Lubnan, mencetuskan ketegangan baharu dalam konflik dengan Hizbullah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *