SHAH ALAM: Rumah jagaan warga emas Bait Al Mawaddah di Jalan Kebun, Seksyen 30, terjejas akibat banjir kilat pada Rabu. Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengumumkan bahawa penghuni sedang dipindahkan ke Kem Bumi Jati untuk keselamatan mereka.
Bait Al Mawaddah, yang ditubuhkan pada tahun 2014, menyediakan perlindungan kepada warga emas yang termasuk dalam kategori asnaf fakir dan miskin. Dalam satu hantaran di laman Facebook mereka, LZS menyatakan, “Allahuakbar. Semoga ayahanda dan ibunda di sana semua selamat. Mereka dalam proses pemindahan ke Kem Bumi Jati.”
Situasi banjir di Jalan Kebun turut dilaporkan oleh beberapa pengguna media sosial. Astro AWANI sedang mendapatkan maklumat terkini daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengenai perkembangan situasi ini.