JOHOR BAHRU – Tan Sri Ahmad Mohd Don, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia yang kelima, telah meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jalan Tengah, Stulang Bahru awal pagi tadi pada usia 77 tahun.
Isterinya, Puan Sri Hamidah Mohamed, 57, memaklumkan bahawa Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.55 pagi akibat kegagalan pelbagai organ. Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Surau Darussalam, Kampung Stulang Bahru pada pukul 9 pagi.
“Allahyarham meninggal dunia dengan tenang dan ahli keluarga berada di sisinya. Proses pengurusan jenazah juga berjalan dengan lancar dan beliau telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Danga sekitar pukul 11 pagi,” kata Hamidah kepada Bernama.
Hamidah menggambarkan suaminya sebagai seorang suami penyayang yang telah berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk penyakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis. Ahmad juga pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi tahun lalu kerana menghidap paru-paru berair.
Baca Juga:
Tan Sri Ahmad Mohd Don dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia dari Mei 1994 hingga Ogos 1998, menggantikan Tan Sri Jaffar Hussein. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam kewangan dan perbankan, termasuk sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Maybank dari 1991 hingga 1994, dan menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Alliance Bank Malaysia Bhd sejak 2017.
Sumber: AstroAwani
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More