SHAH ALAM – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sering menjadi perhatian dunia kerana tindakan kontroversi sepanjang pemerintahannya, khususnya dalam konflik Israel-Palestin. Terbaharu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu atas tuduhan jenayah perang di wilayah Palestin, termasuk Gaza.
1. Serangan Gaza 2014
Serangan darat selama tiga minggu menyebabkan lebih 2,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
2. Pembinaan Penempatan Haram
Netanyahu menyokong pembangunan penempatan di Tebing Barat, melanggar undang-undang antarabangsa.
3. Sekatan Gaza
Sekatan terhadap Genting Gaza menghalang penghantaran bantuan dan menjejaskan ribuan nyawa rakyat Palestin.
4. Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin
Serangan Israel sering mengorbankan kanak-kanak, seperti yang direkodkan oleh UNICEF.
5. Serangan Mavi Marmara (2010)
Tentera Israel menyerang kapal bantuan ke Gaza, membunuh sembilan aktivis kemanusiaan.
6. Penahanan Tanpa Bicara
Dasar ini membenarkan penahanan rakyat Palestin tanpa perbicaraan.
7. Pengusiran di Sheikh Jarrah
Keluarga Palestin diusir untuk memberi laluan kepada pendatang Yahudi, mencetuskan ketegangan.
8. Undang-Undang Negara Yahudi
Undang-undang ini meminggirkan minoriti Arab dan menegaskan status Israel sebagai negara Yahudi.
9. Kekerasan Terhadap Penunjuk Perasaan
Tentera menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Gaza, menyebabkan kematian dan kecederaan besar.
10. Apartheid dan Kekerasan Sistemik
Netanyahu dituduh menginstitusikan sistem apartheid terhadap rakyat Palestin, memisahkan mereka melalui undang-undang dan sekatan pergerakan.
Tindakan Netanyahu terus mencetuskan kecaman antarabangsa, dengan ramai menganggap beliau bertanggungjawab terhadap ketegangan berpanjangan di Timur Tengah. -SinarHarian