KELAB Liga Pro Saudi yang terkenal, Al-Nassr, terpaksa meninggalkan pemain bintang dunia, Cristiano Ronaldo, menjelang pertemuan pertama mereka menentang pasukan Iraq, Al-Shorta, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang akan berlangsung esok.
Al-Nassr perlu berhadapan tanpa kehadiran bekas pemain Manchester United itu kerana Ronaldo kini mengalami jangkitan virus. Dia memerlukan rehat dan rawatan lanjut, menyebabkan beliau tidak termasuk dalam skuad untuk perlawanan kali ini..
Walaupun telah menjaringkan lebih 900 gol sepanjang kariernya, dan masih menunjukkan prestasi cemerlang, pemain berusia 39 tahun itu terpaksa diketepikan akibat masalah kesihatan. Ronaldo tetap dikenali sebagai ancaman besar kepada pertahanan pasukan lawan dengan kemampuannya yang luar biasa di padang.
Sumber: AstwoAwani