BEIJING – Hanya dalam tempoh kurang 24 jam, sebanyak 40 tan durian segar Malaysia yang pertama kali dieksport ke China telah habis dijual pada 26 Ogos lalu di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara tersebut.
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad, menyatakan bahawa durian segar Malaysia menerima sambutan yang amat baik di kalangan rakyat China disebabkan kesegaran serta kualiti premium yang ditawarkan.
“Semua durian habis dijual pada hari pelancaran pada 26 Ogos. Sebelum saya tinggalkan majlis itu, durian yang dibawa ke sana telah habis terjual,” katanya kepada Bernama.
Pada Ogos lalu, Malaysia mengeksport sebanyak 40 tan metrik durian segar berkualiti tinggi seperti Musang King, Black Thorn, dan D24 untuk dipasarkan di enam wilayah utama di China, termasuk Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, dan Nanning.
Menurut Datuk Norman, lebih banyak penerbangan kargo akan disediakan bagi meningkatkan jumlah durian segar yang dieksport ke China pada masa akan datang.
Sementara itu, kebanyakan pembeli tempatan mengakui bahawa tekstur isi durian Malaysia yang tebal serta rasa lemak berkrim memberikan pengalaman luar biasa setiap kali menikmati raja buah tersebut.
Chen Jingyi, 26, menyatakan bahawa inisiatif kerajaan Malaysia mengeksport durian segar telah mengembalikan nostalgia ketika beliau kali pertama merasai durian Musang King semasa bercuti bersama keluarganya di Malaysia beberapa tahun lalu.
“Ketika melancong di Kuala Lumpur, Malaysia, kami mencuba Musang King segar dan rasanya sungguh sedap. Ia sangat berbeza dengan durian yang dijual di sini (China) kerana kebanyakannya telah dibekukan, menyebabkan kualiti serta rasa durian tersebut berubah,” katanya.
Walaupun harga durian segar Malaysia lebih mahal, Chen merasakan ia berbaloi kerana kualiti serta rasanya yang sangat memuaskan.
Bagi pekerja swasta, Wang Yiming, durian segar Malaysia yang seakan-akan rasa aiskrim membuatkan beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli buah tersebut.
“Durian sangat popular di Beijing dan mudah ditemui di pasar raya atau kedai buah-buahan, namun kualiti buahnya kurang segar. Usaha Malaysia mengeksport durian segar adalah langkah tepat dan hasilnya, buah itu sangat laris,” katanya.
Seorang pelajar, Almasbiek Mamut, 21, berkata pengalaman merasai durian segar buat pertama kalinya membuatkan beliau terus jatuh cinta dengan buah itu kerana rasa yang sangat berbeza berbanding durian beku.
Baca Juga:
- Ini hanya pusingan pertama – Hezbollah
- Operasi pencarian Sabari meliputi keluasan 13 km Sungai Padang Terap
“Saya kini menggemari durian segar, ia menjadi buah kegemaran saya. Isi durian sangat licin dan seakan kastard, memberikan rasa yang memuaskan dan unik,” katanya.
Almasbiek turut menyatakan hasratnya untuk melancong ke Malaysia bagi menikmati durian segar yang baru gugur dari pokok. “Saya bertuah kerana dapat merasai durian segar di sini,” tambahnya.
– Bernama
Untuk yang tengah cari tips menang game atau nak rebut bonus terbaru,
boleh check kat link ni: https://rjb88.com/ .
Banyak info dan tips menarik untuk bantu korang menang besar!