Faisal Halim, pemain sayap Selangor FC, bakal membuat kemunculan bersama pasukan Gergasi Merah dalam pertemuan separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC malam ini. Faisal sebelum ini mengalami cedera serius akibat simbahan asid pada Mei lalu, yang menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang dan diletakkan di bangku simpanan.
Walaupun belum pasti sama ada Faisal akan diturunkan sebagai pemain gantian atau tidak, kehadiran beliau pastinya akan memberi dorongan kepada pasukan Selangor. Beliau juga akan memakai topeng muka khas untuk mengelakkan kecederaan semasa beraksi.
Baca juga :
Sebelum ini, terdapat spekulasi mengenai kemungkinan Faisal kembali beraksi setelah video latihannya yang dikongsikan di media sosial Selangor menunjukkan gerakan yang jelas miliknya. Skuad Selangor sedang berusaha untuk mencapai final dan mereka perlu meraih kemenangan selepas kalah tipis 2-3 dalam separuh akhir pertama di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Sumber : sinarharian.com.my
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More