
SHAH ALAM – Setiap ibu pastinya mengimpikan anak yang sihat, namun takdir Allah SWT membawa ujian berbeza kepada seorang wanita, Efazana Rasul, 45, apabila dua anaknya disahkan menghidap sindrom ‘microcephaly’, iaitu kondisi penyusutan otak yang jarang berlaku.
Efazana yang merupakan seorang suri rumah mengakui sukar menerima kenyataan pada awalnya ketika anak ketiganya, Muhammad Haziq Apindi, 12, disahkan menghidap penyakit tersebut sewaktu kandungan berusia sembilan bulan. Kemudian, perkara yang sama turut disahkan berlaku pada anak keempatnya, Farzana Husna, 9, sewaktu kandungan berusia enam bulan.

“Suami menasihati saya untuk reda dan menerima ketentuan Allah SWT,” ujarnya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Efazana berkongsi bahawa kedua-dua anaknya mendapat layanan istimewa daripada keluarga dan sepupu-sepupu mereka yang selalu memahami serta melayan mereka dengan baik. Muhammad Haziq dan Farzana Husna kini ditempatkan di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah yang sama, memudahkan pengurusan dan pembelajaran mereka.
“Apabila saya bertanya tentang apa yang mereka pelajari di sekolah, mereka hanya tersenyum, tidak sepetah kanak-kanak lain,” tambahnya.
Perkongsian Efazana mengenai cabaran dan kasih sayangnya terhadap anak-anak istimewa ini di platform TikTok telah menarik lebih sejuta tontonan serta mendapat komen positif daripada pengguna media sosial.
-Sinarharian
Visit https://rjb88.com/ for access to the best games and exclusive
promotions you won’t want to miss.”