Indodax Terkena Serangan Siber: Kerugian Sekitar AS$20 Juta

Susulan insiden berkenaan, Agensi Pengawalseliaan Perdagangan Komoditi Berjangka (Bappebti) menasihatkan para pelabur untuk kekal tenang dan tidak panik
Susulan insiden berkenaan, Agensi Pengawalseliaan Perdagangan Komoditi Berjangka (Bappebti) menasihatkan para pelabur untuk kekal tenang dan tidak panik – Foto hiasan

JAKARTA: Indodax, pertukaran mata wang kripto terbesar di Indonesia, telah dilaporkan mengalami serangan siber yang menyebabkan kerugian sekitar AS$20 juta setakat ini.

Menurut laporan Jakarta Globe, insiden ini pertama kali dilaporkan oleh syarikat keselamatan Web3, Cyvers Alerts, yang mendapati lebih daripada 150 transaksi mencurigakan yang dipercayai berkaitan dengan operasi penggodaman. Cyvers Alerts turut menyebut bahawa jumlah kerugian mencapai AS$18.2 juta pada Rabu.

Cyvers Alerts memaklumkan melalui ciapan di platform media sosial X, “Kami mengesan lebih daripada 150 transaksi dan jumlah kerugian sebanyak $18.2 juta. Indodax dijangka akan mengambil langkah-langkah sewajarnya.”

Agensi Pengawalseliaan Perdagangan Komoditi Berjangka (Bappebti) telah mengeluarkan nasihat agar para pelabur tidak panik dan kekal tenang. Ketua Bappebti, Kasan, mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kemungkinan pelanggaran sistem transaksi kripto Indodax.

“Bappebti sedang berkoordinasi dengan Indodax dan telah memanggil wakil Indodax untuk menjelaskan situasi ini. Pada masa ini, Indodax sedang menjalankan siasatan terhadap kemungkinan pelanggaran sistem mereka,” ujar Kasan dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau juga menambah bahawa Indodax kini sedang melakukan penutupan sistem secara menyeluruh untuk memastikan semua sistem berfungsi dengan baik.

Baca Juga:

Lelaki Dihukum Penjara Sembilan Tahun dan Denda RM5,000 Kerana Cederakan Anak Saudara

Sehingga April 2024, Indodax digunakan oleh kira-kira 6.7 juta orang, atau sekitar 33 peratus daripada 20.16 juta pelabur kripto di Indonesia.

Sumber: AstroAwani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *