Kanak-Kanak 11 Tahun Alami Detik Cemas, Jari Tersekat pada Tombol Pintu

Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih satu jam selepas jari manisnya tersekat pada tombol pintu.
Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih satu jam selepas jari manisnya tersekat pada tombol pintu.

TAWAU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengalami detik cemas apabila jari manisnya tersekat pada tombol pintu rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas Balung selama lebih satu jam sebelum diselamatkan pihak bomba pada malam Ahad.

Ahli keluarga kanak-kanak itu terpaksa menghubungi pasukan bomba apabila usaha mereka untuk mengeluarkan jarinya tidak berhasil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.05 malam dan segera mengerahkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Baca Juga:

“Ketika pasukan tiba, jari manis sebelah kanan kanak-kanak itu didapati tersekat dalam tombol pintu selama lebih satu jam. Kami menggunakan peralatan pemotong khas untuk membuka tombol tersebut, dan proses itu berjaya diselesaikan dalam masa 10 minit,” katanya.

Beliau menambah bahawa operasi tersebut ditamatkan pada jam 8.07 malam setelah memastikan tiada risiko lain di lokasi kejadian.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *