Kanak-Kanak Hilang, Dikhuatiri Lemas di Pantai Kandis

Pihak bomba dan APM menyuluh ke arah batu tempat mangsa dipercayai hilang. Foto Sinar Harian - ADILA SHARINNI WAHID
Pihak bomba dan APM menyuluh ke arah batu tempat mangsa dipercayai hilang. Foto Sinar Harian – ADILA SHARINNI WAHID

BACHOK – Seorang kanak-kanak lelaki, Muhd Naufal Arshad Muhd Aiman Hafiz, 8 tahun, dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di Pantai Kandis, Bachok, pada petang Sabtu.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.40 petang ketika mangsa sedang bermain di kawasan benteng batu di pantai tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Jusoh, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.49 petang dan segera menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Seramai 12 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi. Namun, keadaan ombak yang sangat tinggi menyukarkan usaha pencarian, dan setakat ini, kanak-kanak tersebut masih belum ditemukan,” katanya kepada pemberita.

Operasi SAR ini turut melibatkan kerjasama pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – SinarHarian

Artikel Berkaitan:

zu150:

View Comments (0)