Kemalangan Libatkan Kenderaan Polis Pengiring VIP dan Orang Awam di PLUS

Tular rakaman yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga.
Tular rakaman yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga.

KUALA LUMPUR – Polis kini menyiasat insiden kemalangan membabitkan kenderaan pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kereta awam jenis Proton Saga di Kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut yang berlaku semasa kenderaan polis sedang mengiringi orang kenamaan (VIP).

“Laporan berkenaan insiden melibatkan dua buah kenderaan di kawasan Seremban, Negeri Sembilan, telah diterima. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tambah beliau, pihak polis menggalakkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk tampil membantu melengkapkan siasatan.

Tular rakaman yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga.
Tular rakaman yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga.

Rakaman video berdurasi satu minit empat saat yang menunjukkan kenderaan polis pengiring merempuh Proton Saga di bahagian belakang semasa hujan tular di media sosial pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Video itu turut menunjukkan kenderaan polis tersebut dipercayai memandu laju sebelum berlaku pelanggaran, yang telah menarik perhatian ramai dengan 23 ribu tontonan dan 326 reaksi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *