KUALA LUMPUR – Polis kini menyiasat insiden kemalangan membabitkan kenderaan pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kereta awam jenis Proton Saga di Kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut yang berlaku semasa kenderaan polis sedang mengiringi orang kenamaan (VIP).
“Laporan berkenaan insiden melibatkan dua buah kenderaan di kawasan Seremban, Negeri Sembilan, telah diterima. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Tambah beliau, pihak polis menggalakkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk tampil membantu melengkapkan siasatan.
Rakaman video berdurasi satu minit empat saat yang menunjukkan kenderaan polis pengiring merempuh Proton Saga di bahagian belakang semasa hujan tular di media sosial pada Ahad.
Artikel Berkaitan:
Video itu turut menunjukkan kenderaan polis tersebut dipercayai memandu laju sebelum berlaku pelanggaran, yang telah menarik perhatian ramai dengan 23 ribu tontonan dan 326 reaksi.
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More
View Comments
Make https://rjb88.com/ your go-to destination for high-quality
entertainment and daily winning opportunities."
------------------------------------------
Head over to https://rjb88.com/ and enjoy a seamless blend
of thrilling gameplay and attractive bonuses.