JAKARTA – Sebuah video memaparkan konsep unik kenduri kahwin di Yogyakarta, Indonesia, yang memberikan tetamu buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai buah tangan, tular di media sosial baru-baru ini.
Majlis perkahwinan sederhana ini mencuri perhatian netizen dengan pendekatan kreatif dan unik yang menekankan kesederhanaan. Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram @allana_organizer dan @holicticbukhi, tetamu dilihat bebas memilih sama ada ingin membawa pulang buah-buahan seperti petai, mangga, pisang, atau sayur-sayuran seperti pucuk ubi kayu dan kacang.
Selain itu, rempah ratus turut disediakan sebagai cenderahati untuk para tetamu. Bagi memeriahkan suasana, tetamu diberi peluang untuk melukis sebagai ucapan tahniah kepada pengantin.
Tidak ketinggalan, kanak-kanak yang hadir turut disediakan permainan tradisional seperti congkak bagi menghilangkan kebosanan.
Netizen menyambut baik konsep ini, memuji kesederhanaannya yang berbeza daripada majlis perkahwinan lain.
“Apa pun konsepnya, yang penting ia nampak sederhana dan tidak berlebihan. Saya sudah terbiasa dengan majlis yang dibuat berlebihan hingga pengantin terpaksa berhutang selepas itu,” komen seorang pengguna media sosial.
Majlis perkahwinan ini membuktikan bahawa kebahagiaan tidak memerlukan kemewahan, malah kesederhanaan mampu mencipta kenangan manis. -Sinarharian
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More