Malaysia

Kerajaan Madani Komited Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Madani akan terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang.

Menurut Anwar, kerajaan kini merangka pelbagai usaha strategik untuk memastikan tiada rakyat dipinggirkan, termasuk golongan miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar, serta penduduk bandar dan luar bandar.

“Keutamaan terpenting Kerajaan Madani sepanjang tahun ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat menjadi tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan. Setiap langkah diambil dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sepanjang tempoh dua tahun pentadbiran, Kerajaan Madani telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengangkat martabat rakyat dan negara. Antara usaha tersebut ialah:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Memanfaatkan sembilan juta penerima daripada golongan B40.
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Membantu 8.4 juta penerima membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya.
  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR): Melibatkan 4,615 peserta golongan B40, miskin, dan miskin tegar, yang berjaya menambah pendapatan mereka melalui program ini.

Kerajaan Madani terus komited dalam memastikan setiap rakyat mendapat peluang dan sokongan yang sewajarnya untuk meningkatkan taraf hidup mereka. –Bernama

zu150

Recent Posts

Haramnya Ulasan Palsu: Penipuan Dalam Jual Beli Atas Talian

Contoh ulasan palsu pada platform e-dagang. MELAKUKAN pembelian secara atas talian kini menjadi kebiasaan, namun… Read More

23 jam ago

Kanak-Kanak Berpaut Pada Tong, Selamat Dari Lemas di Pantai Gorongon

Pasukan bomba memeriksa lokasi kejadian hampir lemas di Pantai Gorongon. PUTATAN - Seorang kanak-kanak lelaki… Read More

2 hari ago

Titah Adendum Najib: Ku Li Persoal Kedudukan UMNO Dalam Kerajaan

Tengku Razaleigh Hamzah berbicara mengenai Titah Adendum Najib di Facebook. SHAH ALAM - Veteran UMNO,… Read More

2 hari ago

Skuad Sukarelawan AL Ahamdi Laksana Misi Bantuan Mangsa Banjir Pasir Mas

Anggota sukarelawan membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Bakung yang terjejas akibat banjir. KOTA BHARU – Skuad… Read More

2 hari ago

Lawatan Rasmi Lawrence Wong ke Malaysia Bersempena Pemukiman Pemimpin ke-11

Lawrence Wong tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA bersama Isterinya. SEPANG – Perdana Menteri Singapura,… Read More

2 hari ago

Empat Cedera, Tiga Terselamat dalam Kebakaran Tiga Kenderaan di Kuala Selangor

Anggota bomba memadam kebakaran lori tangki membawa minyak sawit di Jalan Besar Pasir Penambang. KUALA… Read More

2 hari ago