Categories: Malaysia

Majlis angkat sumpah Presiden Indonesia hari ini

Prabowo meraih kemenangan setelah tiga kali percubaan merebut jawatan Presiden Indonesia. - Foto REUTERS
Prabowo meraih kemenangan setelah tiga kali percubaan merebut jawatan Presiden Indonesia. – Foto REUTERS

JAKARTA: Majlis angkat sumpah pelantikan Presiden dan Naib Presiden Indonesia yang kelapan bakal berlangsung hari ini.

Pelantikan itu susulan kemenangan Prabowo Subianto dan gandingannya, Gibran Rakabuming Raka.

Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy’ari mengumumkan, Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya, Gibran Rakabuming, menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ia sekali gus cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama.

Sebelum ini, Prabowo, 72, diramalkan secara meluas akan memenangi jawatan Presiden dan beliau akan mengambil alih kepimpinan pada Oktober selepas tempoh peralihan.

Baca juga:

Prabowo meraih kemenangan setelah tiga kali percubaan merebut jawatan Presiden Indonesia.

Sementara itu, Jokowi menerima kunjungan Prabowo di kediaman peribadinya di Banjarsari di Surakarta, Jawa Tengah, seminggu sebelum melepaskan jawatan pada 20 Oktober.

Dalam pada itu, dua pencabar lain, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo berikrar untuk mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan mengenai penyelewengan dan dakwaan penipuan ketika pilihan raya.

-astrowani

zu150

Recent Posts

Irfan Bakti Yakin Bawa Kelantan Red Warriors Kembali Gemilang

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More

4 bulan ago

Sembilan Sampel Limau Mandarin Dilupuskan, KKM Tegas Pantau Keselamatan Makanan

Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More

4 bulan ago

Dewan Filharmonik Petronas Batalkan Program Komedi Harith Iskander

Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More

4 bulan ago

Bantuan Kasih RM3 Juta Setahun untuk Anak Yatim Covid-19

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More

4 bulan ago

Sindiket Seludup Vape: SPRM Beku 12 Akaun, Rampas Aset

SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More

4 bulan ago

Potongan Tol 50 Peratus Ringankan Beban Rakyat Sempena Tahun Baharu Cina

Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More

4 bulan ago