SHAH ALAM – Penyedia platform media sosial, Meta, telah memohon maaf berikutan tindakan mereka yang menghapuskan hantaran mengenai kematian Ketua Biro Politik Hamas, As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh, dari akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut jurucakap Meta, kandungan tersebut telah dipulihkan dengan label berita yang sesuai dan tepat.
“Kami memohon maaf atas kesilapan operasi yang menyebabkan kandungan dari halaman Facebook dan Instagram Perdana Menteri dipadamkan.
Kerajaan telah meminta permohonan maaf dari Meta kerana tindakan menurunkan beberapa hantaran media sosial Anwar yang berkaitan dengan Ismail.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan bahawa tuntutan tersebut dibuat semasa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Salim Fateh Din, bertemu dengan wakil Meta pada hari Isnin.
Artikel Berkaitan:
- Usaha Polis Mencari Nur Asyikin Abd Rahim Yang Hilang Sejak April
- Pesawat Malaysia Airlines Bawa Jemaah Terpaksa Patah Balik Selepas Dua Jam Dalam Perjalanan
Hantaran yang telah dipadam oleh Meta termasuk kenyataan takziah Anwar kepada pemergian Ismail selepas pemimpin Palestin tersebut meninggal dunia di Teheran, Iran pada 31 Julai.
Sumber : Sinar Harian