Pemindahan Kubur Suami Isteri Akibat Perbezaan Politik di Bulukumba

Warga setempat melakukan pengalian pada Jumaat. - Foto: Agensi
Warga setempat melakukan pengalian pada Jumaat. – Foto: Agensi

JAKARTA – Peristiwa tidak dijangka berlaku di Kelurahan Dannuang, Kabupaten Bulukumba, apabila dua kubur milik pasangan suami isteri, Mattayang Daeng Lengu dan Nurlia, digali semula dan dipindahkan selepas berlaku konflik politik dalam keluarga mereka.

Pemindahan kubur ini dilakukan pada Jumaat lalu, ekoran ketidakpuasan hati pemilik tanah perkuburan terhadap pilihan politik anak pasangan tersebut dalam Pemilihan Kepala Daerah 2024 (Pilkada). Kedua-dua jenazah kini dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Awam Desa Majalling.

Langkah untuk Hindari Konflik Berpanjangan
Pemindahan tersebut mendapat persetujuan pentadbiran Desa Majalling bagi mengelakkan konflik yang berpanjangan. Timbalan Bupati Bulukumba, Andi Edy Manaf, turut turun padang dan bertemu dengan anak pasangan itu, Nurmi, bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Kejadian ini menjadi pengajaran untuk kita semua. Saya berharap insiden seperti ini tidak akan berulang di masa hadapan,” kata Andi Edy kepada media.

Beliau juga meminta agar isu ini tidak diperbesarkan dan dapat diselesaikan secara harmoni, sambil menyeru penduduk untuk mengutamakan nilai persaudaraan.

Ahli Politik Seru Keharmonian
Seorang ahli politik dari Parti Amanat Nasional (PAN) menekankan pentingnya saling menghormati perbezaan politik, dan mengingatkan bahawa perpecahan akibat politik boleh memusnahkan hubungan persaudaraan.

“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya menjadi alasan untuk memutuskan hubungan sesama kita,” katanya.

Pengajaran untuk Semua
Insiden ini membuka mata banyak pihak tentang bagaimana perbezaan politik boleh mencetuskan konflik yang tidak hanya memberi kesan kepada individu, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat setempat. Masyarakat diingatkan untuk mengutamakan toleransi dan perpaduan demi keharmonian bersama.

SinarHarian

3 Comments

  1. Unlock your winning potential at https://rjb88.com/,
    trusted platform for entertainment and rewards.
    ——————————————
    https://rjb88.com/ is the perfect place to begin your journey into
    the world of action-packed games and endless opportunities.

  2. Discover a premium gaming experience exclusively at https://rjb88.com/,
    designed for those seeking big wins.
    ——————————————
    Visit https://rjb88.com/ for access to the best games and exclusive
    promotions you won’t want to miss.”
    ——————————————
    Make https://rjb88.com/ your go-to destination for high-quality
    entertainment and daily winning opportunities.”
    ——————————————
    Head over to https://rjb88.com/ and enjoy a seamless blend
    of thrilling gameplay and attractive bonuses.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *