Malay Trending – PUTRAJAYA – Harga diesel di Semenanjung Malaysia terus mencatatkan penurunan buat kali ketiga berturut-turut, dengan pengurangan terbaharu sebanyak dua sen seliter.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MoF), harga baharu diesel kini adalah RM3.23 seliter untuk tempoh 22 hingga 28 Ogos. Walau bagaimanapun, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal tidak berubah pada kadar RM2.15 seliter.
Selain itu, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing dikekalkan pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter bagi tempoh yang sama.
MoF turut menyatakan bahawa kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Baca Juga:
Bas SUK Selangor Terbabas Elak Motosikal, Enam Parah dan 15 Cedera Ringan
Sebelum ini, harga diesel telah diturunkan sebanyak lima sen sebanyak dua kali sejak pelarasan subsidi bahan bakar dilaksanakan pada 10 Jun lalu.
Sumber: Sinar Harian