Malay Trending – KUALA LUMPUR Pihak polis sedang berusaha mencari seorang lelaki yang dipercayai merupakan saksi penting dalam insiden tanah jerlus yang melibatkan seorang wanita warga India di Jalan Masjid India, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, individu tersebut dipercayai merupakan seorang gelandangan yang berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.
“Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, lelaki tersebut dilihat duduk di atas kerusi batu berdekatan lubang tanah jerlus,” jelas beliau.
Setakat ini, polis telah merakam keterangan daripada lima individu yang terdiri daripada ahli keluarga mangsa.
Artikel Berkaitan:
- Pasukan Penyelamat Berdepan Cabaran Ekstrem dalam Operasi Menyelamat Mangsa Tanah Jerlus
- Selangor FC dan JDT Siap Berentap dalam Final Piala FA 2024 di Bukit Jalil
“Mereka termasuk adik perempuan mangsa yang pada masa kejadian sedang berjalan di hadapan mangsa, tidak jauh dari lokasi kejadian. Kesemua mereka telah memberi keterangan kepada pihak polis.
“Sebaik sahaja insiden tanah jerlus berlaku, adik mangsa menjenguk ke dalam lubang tersebut dan mendapati kakaknya sudah tidak kelihatan,” tambah Sulizmie.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ketiga diteruskan dengan melibatkan 104 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi keselamatan dan pihak berkuasa.
Pada Jumaat lalu, media melaporkan bahawa mangsa, seorang pelancong dari India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dipercayai telah tertimbus dalam kejadian tersebut yang berlaku sekitar jam 8.22 pagi.
Sumber: Sinar Harian