Polis Tahan Lelaki Bersama 111 Kg Ganja Selepas Kenderaan Terbabas

Penemuan bungkusan ketulan padat yang disyaki ganja dalam kompartmen kenderaan suspek. Gambar dari laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Penemuan bungkusan ketulan padat yang disyaki ganja dalam kompartmen kenderaan suspek. Gambar dari laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Polis Kuantan telah menahan seorang lelaki bersama lebih 111 kilogram ganja selepas kereta yang dipandunya terbabas akibat tayar pecah berhampiran medan selera Sungai Ular di sini pada hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari, menyatakan bahawa dadah yang disyaki bernilai lebih RM359,000 itu dirampas daripada suspek berusia 49 tahun sekitar jam 9.45 pagi.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 8 Ogos depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kejayaan operasi tangkapan ini telah dikongsi melalui laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut keterangan, anggota kereta peronda EMPV Timur 4 sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di Kilometer 267 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) telah menahan sebuah kereta Honda untuk pemeriksaan.

Tangkapan skrin video adegan polis mengejar kereta yang dipandu oleh suspek sebelum ditahan di kawasan Sungai Ular. Gambar ini diambil dari laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Tangkapan skrin video adegan polis mengejar kereta yang dipandu oleh suspek sebelum ditahan di kawasan Sungai Ular. Gambar ini diambil dari laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

“Suspek diarahkan keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan di bahagian but kenderaan.

“Namun, suspek nekad memecut kenderaan menuju ke arah Plaza Tol Jabor dan merempuh palang tol sebelum masuk ke Jalan Sungai Ular,” jelas kenyataan itu.

Anggota EMPV Timur 4 mengekori kenderaan tersebut dan meminta bantuan anggota Timur 3 di lapangan apabila suspek enggan berhenti dan cuba melarikan diri. Kejadian ini berakhir apabila kereta terbabas berhampiran medan selera Sungai Ular akibat tayar pecah.

Baca Juga : Pemegang Lesen B1, B2 Lama Dibenarkan Memohon Lesen B Penuh

“Pemeriksaan lanjut di bahagian but kenderaan membawa kepada penemuan kotak berisi ketulan ganja mampat,” tambahnya.

Suspek beserta dadah yang dirampas telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut.

Sumber : sinarharian.com.my

https://staysundance.com


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *