SEOUL – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada negara meskipun berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen meluluskan usul pemecatan terhadapnya pada Sabtu. Usul itu berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang tentera yang didakwa gagal.
Dalam ucapan awam yang dirakam di kediamannya, Yoon menyatakan bahawa perjuangannya demi rakyat Korea Selatan selama dua setengah tahun terakhir tidak seharusnya terhenti.
“Walaupun perjalanan saya terhenti buat sementara waktu, perjuangan saya untuk masa depan bersama rakyat tidak sepatutnya berakhir,” katanya menurut laporan agensi berita Yonhap.
Yoon turut berjanji untuk membawa segala kritikan, dorongan, dan sokongan yang diterima sepanjang tempoh pentadbirannya bagi memastikan yang terbaik untuk negara.
“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk negara sehingga ke penamat,” tambahnya.
Sementara itu, Yoon menyeru penjawat awam agar terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bawah pimpinan Perdana Menteri Han Duck-soo, yang akan bertindak sebagai pemangku Presiden.
Beliau juga menggesa ahli politik untuk menghindari amalan politik yang bersifat konfrontasi dan melulu, sebaliknya berusaha memperbaiki budaya politik negara. – Bernama
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More