PUTRAJAYA – Seorang selebriti tempatan berusia 41 tahun ditahan pihak polis selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, memaklumkan bahawa serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang sekitar jam 3.10 petang.
“Hasil pemeriksaan di lokasi menemukan dua peket plastik lutsinar mengandungi dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja. Berat keseluruhan rampasan dianggarkan 60.3 gram,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut menyatakan bahawa hasil ujian saringan awal air kencing mendapati selebriti berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. -Bernama
Artikel Berkaitan:
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More