Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak kekal dalam padang

Tunku Mahkota Ismail berangkat mengadap Sultan Selangor pada 1 Oktober 2024. - Facebook HRH Crown Prince of Johor
Tunku Mahkota Ismail berangkat mengadap Sultan Selangor pada 1 Oktober 2024. – Facebook HRH Crown Prince of Johor

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa sebarang persaingan dalam bola sepak perlu kekal di atas padang sahaja tanpa mencetuskan ketegangan di luar padang.

Perkara ini dipersetujui dalam pertemuan antara Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail pada hari Selasa, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor semalam.

Kedua-dua baginda turut menekankan kepentingan untuk memupuk sikap saling hormat-menghormati dan semangat perpaduan antara penyokong serta rakyat Malaysia di luar arena sukan.

“Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor berkongsi pandangan tentang perpaduan rakyat, profesionalisme di Malaysia, dan keperluan penyatuan Institusi Diraja sebagai simbol kestabilan negara,” menurut kenyataan tersebut.

Baca Juga:

Sebelum ini, pada 19 Ogos, media melaporkan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail, seolah-olah menyindir pasukan Selangor FC selepas kejayaan skuad Gergasi Merah merangkul Piala Sultan Selangor. Tunku Ismail menyifatkan kemenangan tersebut sebagai ‘syok sendiri’ dan menyatakan bahawa piala itu tidak diiktiraf secara rasmi di peringkat negara.

Sumber: AstroAwani

1 Comment

  1. Terbaik la artikel ni! Kalau korang nak lagi banyak tips
    atau nak tahu game mana yang tengah
    tinggi winrate, boleh check kat sini: https://rjb88.com/.
    Memang senang menang kalau tahu strateginya!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *