KUALA LUMPUR: Bekas pemain skuasy negara, Sharon Wee, menekankan pentingnya kemunculan suri teladan atau role model dalam industri sukan, kerana ia mampu menjadi inspirasi kepada kelahiran lebih ramai atlet dan pemimpin sukan wanita yang berjaya.
Sharon, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), berkata legenda sukan seperti Datuk Nicol Ann David dan beberapa atlet wanita lain terbukti sebagai sumber inspirasi, seterusnya menyumbang kepada lahirnya ramai atlet berbakat.
“Kita dapat lihat contoh dalam sukan skuasy daripada Nicol Ann David, saya sendiri, Low Wee Wern, serta atlet-atlet muda seperti Sivasangari, Aifa, dan Aira Azman. Kejayaan mereka membuktikan pentingnya adanya suri teladan,” katanya ketika ditemui di Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2024, semalam.
Baca Juga:
- Batik Air Lancar Laluan Baharu dari Subang SkyPark ke Kota Bharu
- Remaja Maut dalam Kemalangan di Bandar Baru Tambun
Tambahnya, kehadiran wanita sebagai pemimpin dan pentadbir dalam bidang sukan tidak boleh dipandang rendah kerana mereka mempunyai kemampuan memahami emosi atlet dengan lebih mendalam. Sharon turut menasihati atlet agar bijak mengurus media sosial supaya prestasi di gelanggang tidak terjejas.
Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2024, yang berlangsung selama dua hari, menjadi platform untuk penggiat sukan wanita berkongsi pengalaman, memberi motivasi, dan menyokong perkembangan sukan di Malaysia.
-Astroawani
Looking for a premium gaming platform with exceptional rewards? Explore https://rjb88.com/
and enjoy a world of exciting games, exclusive bonuses
and unparalleled winning opportunities. The perfect choice for discerning players