Tekong Dicekup, 10 PATI Myanmar Ditahan di Pasir Mas

Anggota PGA sedang mengawal kawasan penahanan pendatang asing tanpa izin di Kampung Chenerai, Pasir Mas.
Anggota PGA sedang mengawal kawasan penahanan pendatang asing tanpa izin di Kampung Chenerai, Pasir Mas.

PASIR MAS – Seorang lelaki dipercayai tekong ditahan oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan selepas didapati menyembunyikan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah rumah di Kampung Chenerai, Alor Pasir, pada Isnin.

Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 5.30 pagi menerusi Op Taring Wawasan, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan bersama dua lelaki, empat wanita, dan selebihnya kanak-kanak yang merupakan warganegara Myanmar.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pemeriksaan mendapati kesemua PATI gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sah.

“Kesemua PATI ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala tekong ditahan di bawah Seksyen 26H Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya ketika dihubungi pemberita pada Rabu.

Beliau menambah bahawa semua yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut. – sinarharian

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *