Tragedi Pokok Tumbang di Monkey Forest Bali: Dua Pelancong Asing Maut

Dalam kejadian pada Selasa di Monkey Forest, Ubud itu, dua lelaki warganegara asing disahkan terkorban sementara seorang lagi mengalami kecederaan. - Instagram @canggubalinews
Dalam kejadian pada Selasa di Monkey Forest, Ubud itu, dua lelaki warganegara asing disahkan terkorban sementara seorang lagi mengalami kecederaan. – Instagram @canggubalinews

DENPASAR โ€“ Kawasan pelancongan popular di Pulau Bali, Indonesia, gempar dengan tragedi pokok besar tumbang di Monkey Forest, Ubud, yang mengakibatkan dua kematian dan seorang cedera pada tengah hari Selasa.

Mangsa yang terkorban ialah Kim Hyoeun, 42, warga Korea Selatan, dan Justine Christine, 32, dari Perancis. Seorang lagi pelancong yang cedera juga merupakan warganegara Korea Selatan, menurut laporan Kompas.

Insiden Tragis di Monkey Forest

Menurut pihak polis Gianyar, pokok besar di lokasi itu tumbang secara tiba-tiba dan menimpa beberapa pengunjung yang berada di kawasan tersebut.

“Terdapat salah satu pokok tumbang dan menimpa pengunjung di Monkey Forest. Saat ini tercatat dua orang meninggal dan satu dalam keadaan cedera,” ujar kenyataan rasmi pihak polis.

Kawasan pelancongan tersebut kini ditutup sementara waktu bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Monkey Forest terkenal sebagai lokasi pelancongan yang menampilkan keindahan alam semula jadi, kuil tradisional, serta kawanan monyet dan kera yang sering mencuit hati pengunjung.

Cuaca Buruk Meningkatkan Risiko

Ketua Perhubungan Masyarakat Polis Daerah Bali, Jansen Avitus, menyatakan bahawa cuaca buruk akibat musim monsun yang melanda Bali ketika ini menjadi faktor utama risiko kejadian.

“Cuaca buruk seumpamanya kerap mencetuskan risiko tinggi, terutama di daerah yang banyak terdapat pokok-pokok besar di pinggir jalan,” katanya.

Hujan lebat dan angin kencang yang membadai Bali kebelakangan ini telah meningkatkan kemungkinan insiden seperti ini, terutamanya di kawasan pelancongan yang kaya dengan tumbuhan besar.

Artikel Berkaitan :

Kisah yang Tular di Media Sosial

Pelbagai video yang tersebar di media sosial menunjukkan saat cemas di mana sekumpulan pelancong asing lari bertempiaran apabila pokok besar mula tumbang ke arah laluan utama. Ada pelancong yang berjaya menyelamatkan diri, namun malangnya ada yang terperangkap di bawah dahan dan ranting.

Tragedi ini mengingatkan semua pihak agar sentiasa berhati-hati, terutamanya semasa musim hujan dan ribut yang meningkatkan risiko kejadian alam. -Astroawani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *