DENPASAR – Kawasan pelancongan popular di Pulau Bali, Indonesia, gempar dengan tragedi pokok besar tumbang di Monkey Forest, Ubud, yang mengakibatkan dua kematian dan seorang cedera pada tengah hari Selasa.
Mangsa yang terkorban ialah Kim Hyoeun, 42, warga Korea Selatan, dan Justine Christine, 32, dari Perancis. Seorang lagi pelancong yang cedera juga merupakan warganegara Korea Selatan, menurut laporan Kompas.
Menurut pihak polis Gianyar, pokok besar di lokasi itu tumbang secara tiba-tiba dan menimpa beberapa pengunjung yang berada di kawasan tersebut.
“Terdapat salah satu pokok tumbang dan menimpa pengunjung di Monkey Forest. Saat ini tercatat dua orang meninggal dan satu dalam keadaan cedera,” ujar kenyataan rasmi pihak polis.
Kawasan pelancongan tersebut kini ditutup sementara waktu bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian.
Monkey Forest terkenal sebagai lokasi pelancongan yang menampilkan keindahan alam semula jadi, kuil tradisional, serta kawanan monyet dan kera yang sering mencuit hati pengunjung.
Ketua Perhubungan Masyarakat Polis Daerah Bali, Jansen Avitus, menyatakan bahawa cuaca buruk akibat musim monsun yang melanda Bali ketika ini menjadi faktor utama risiko kejadian.
“Cuaca buruk seumpamanya kerap mencetuskan risiko tinggi, terutama di daerah yang banyak terdapat pokok-pokok besar di pinggir jalan,” katanya.
Hujan lebat dan angin kencang yang membadai Bali kebelakangan ini telah meningkatkan kemungkinan insiden seperti ini, terutamanya di kawasan pelancongan yang kaya dengan tumbuhan besar.
Artikel Berkaitan :
Pelbagai video yang tersebar di media sosial menunjukkan saat cemas di mana sekumpulan pelancong asing lari bertempiaran apabila pokok besar mula tumbang ke arah laluan utama. Ada pelancong yang berjaya menyelamatkan diri, namun malangnya ada yang terperangkap di bawah dahan dan ranting.
Tragedi ini mengingatkan semua pihak agar sentiasa berhati-hati, terutamanya semasa musim hujan dan ribut yang meningkatkan risiko kejadian alam. -Astroawani
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More