Treler muatan kereta terbakar di Lebuhraya Utara Selatan, tiga kenderaan musnah

Anggota bomba memadamkan kebakaran menggunakan dua unit salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya, di KM231 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar, awal pagi ini. - Foto JBPM Perak
Anggota bomba memadamkan kebakaran menggunakan dua unit salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya, di KM231 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar, awal pagi ini. – Foto JBPM Perak

KUALA KANGSAR: Tiga buah kenderaan mengalami kemusnahan selepas sebuah treler yang membawa muatan kereta terbakar di Kilometer 231, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut sekitar jam 12.26 pagi.

Beliau menyatakan bahawa pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan kereta. Bahagian belakang treler tersebut mengalami kerosakan sebanyak 15 peratus akibat kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, kebakaran tersebut menyebabkan tiga buah kenderaan musnah iaitu sebuah Perodua Aruz dan Honda City, yang masing-masing mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus, serta sebuah Nissan Xtrail yang musnah sebanyak 30 peratus.

Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak

Namun begitu, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua unit salur bantu mula yang disambungkan kepada tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Baca Juga:

Operasi tersebut turut dibantu oleh pasukan dari BBP Taiping dan berakhir sekitar jam 1.52 pagi.

Sumber: AstroAwani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *