Wanita Dikhuatiri Lemas Ketika Beriadah di Sungai Air Beruk

Pasukan bomba menjalankan operasi SAR mengesan mangsa yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Air Beruk, Gerik pada Ahad. Foto: ihsan Bomba
Pasukan bomba menjalankan operasi SAR mengesan mangsa yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Air Beruk, Gerik pada Ahad. Foto: ihsan Bomba

GERIK – Seorang wanita berusia 20 tahun dikenali sebagai Nur Arina Azizan dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama keluarganya di Sungai Air Beruk, Kampung Kerunai, pada petang Ahad.

Ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 petang, mangsa menggunakan pelampung bersama ibunya yang berusia 48 tahun dan tiga ahli keluarga lain. Malangnya, mangsa dikatakan turun daripada pelampung sebelum dihanyutkan arus deras.

Cubaan ibunya untuk menyelamatkan mangsa hampir meragut nyawanya, namun dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Baca juga :

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Azizan Aziz, memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan dengan kekuatan 19 anggota selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 3.11 petang.

“Kami menjalankan pencarian permukaan dan ‘skin dive’ berhampiran lokasi kejadian. Pasukan kayak daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Kerunai turut membantu menyusuri sungai, manakala agensi lain mencari di kawasan tebing,” katanya.

Operasi tersebut turut mendapat bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9). Walau bagaimanapun, usaha SAR dihentikan pada jam 7 petang dan akan disambung semula pagi Isnin.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *