GERIK – Seorang wanita berusia 20 tahun dikenali sebagai Nur Arina Azizan dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama keluarganya di Sungai Air Beruk, Kampung Kerunai, pada petang Ahad.
Ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 petang, mangsa menggunakan pelampung bersama ibunya yang berusia 48 tahun dan tiga ahli keluarga lain. Malangnya, mangsa dikatakan turun daripada pelampung sebelum dihanyutkan arus deras.
Cubaan ibunya untuk menyelamatkan mangsa hampir meragut nyawanya, namun dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
Baca juga :
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Azizan Aziz, memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan dengan kekuatan 19 anggota selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 3.11 petang.
“Kami menjalankan pencarian permukaan dan ‘skin dive’ berhampiran lokasi kejadian. Pasukan kayak daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Kerunai turut membantu menyusuri sungai, manakala agensi lain mencari di kawasan tebing,” katanya.
Operasi tersebut turut mendapat bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9). Walau bagaimanapun, usaha SAR dihentikan pada jam 7 petang dan akan disambung semula pagi Isnin.
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More
View Comments
https://rjb88.com/ is the perfect place to begin your journey into
the world of action-packed games and endless opportunities.
join thousands of players at https://rjb88.com/
and experience the difference of a world-class gaming platform.