Malaysia

Haramnya Ulasan Palsu: Penipuan Dalam Jual Beli Atas Talian

Contoh ulasan palsu pada platform e-dagang.

MELAKUKAN pembelian secara atas talian kini menjadi kebiasaan, namun ia sering kali menyukarkan pembeli untuk menilai rupa dan kualiti sebenar barangan berbanding pembelian secara langsung di kedai.

Keadaan ini membuka peluang kepada segelintir peniaga tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan ulasan palsu (fake review) demi menarik perhatian pelanggan dan melariskan jualan mereka.

Menurut infografik terkini yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang di Facebook, perbuatan membuat ulasan palsu ini adalah haram dan dilarang dalam Islam.

Tindakan ini sama seperti menipu kerana penjual memanipulasi sistem e-dagang dengan membeli barangan sendiri, meninggalkan ulasan palsu, dan menyembunyikannya daripada bakal pelanggan, jelas kenyataan itu.

Penipuan seperti ini, yang dikenali sebagai at-tadlis, merujuk kepada perbuatan menyembunyikan kecacatan barangan atau melebih-lebihkan kualiti untuk menarik perhatian pembeli. Malah, ia juga boleh membawa kepada an-Najsh, iaitu menaikkan harga secara palsu untuk mencipta persepsi bahawa barangan tersebut bernilai tinggi.

Jabatan Mufti turut mengingatkan bahawa sesiapa yang melakukan perbuatan ini wajib bertaubat kepada Allah SWT. Mereka juga disarankan memadam ulasan palsu tersebut atau memaklumkan kepada pelanggan bahawa ulasan itu tidak sahih.

Mungkin ia menyebabkan kerugian sementara, tetapi lebih baik rugi di dunia daripada menanggung azab di akhirat, titip kenyataan itu.

Sebagai umat Islam, kita diseru untuk berlaku jujur dalam urusan jual beli dan mengelakkan sebarang bentuk penipuan yang merugikan orang lain. -Sinarharian

zu150

Recent Posts

Irfan Bakti Yakin Bawa Kelantan Red Warriors Kembali Gemilang

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More

4 bulan ago

Sembilan Sampel Limau Mandarin Dilupuskan, KKM Tegas Pantau Keselamatan Makanan

Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More

4 bulan ago

Dewan Filharmonik Petronas Batalkan Program Komedi Harith Iskander

Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More

4 bulan ago

Bantuan Kasih RM3 Juta Setahun untuk Anak Yatim Covid-19

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More

4 bulan ago

Sindiket Seludup Vape: SPRM Beku 12 Akaun, Rampas Aset

SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More

4 bulan ago

Potongan Tol 50 Peratus Ringankan Beban Rakyat Sempena Tahun Baharu Cina

Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More

4 bulan ago