SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 12 akaun bank dan menyita beberapa aset susulan pembongkaran sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik atau vape.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa tindakan ini diambil setelah penahanan enam pegawai kastam dan lapan orang awam, termasuk enam pengarah syarikat yang dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut.
Menurut beliau, Bahagian Perisikan SPRM telah merampas pelbagai dokumen penting seperti Airway Bill, pesanan pembelian, baucar pembayaran, pesanan penghantaran, dokumen Electronic Pre-Alert Manifest (ePAM), dokumen K1, dan lain-lain dokumen berkaitan.
“Beberapa aset alih turut disita, dan sebanyak 12 akaun telah dibekukan buat masa ini,” katanya.
Tan Sri Azam Baki menjelaskan bahawa pegawai kastam yang terlibat terdiri daripada gred WK19 hingga WK22. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ‘collector’ yang menerima rasuah harian antara RM4,000 hingga RM6,000. Wang rasuah ini kemudiannya diagihkan kepada pegawai kastam lain yang terlibat.
Beliau turut memaklumkan bahawa Bahagian Perisikan SPRM telah mengenal pasti penerbangan dari Macau dan Hong Kong yang membawa masuk barangan vape yang dirampas baru-baru ini.
Sindiket ini dipercayai menggunakan rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak betul bagi mengelirukan pihak berkuasa. Barangan seludup dinyatakan sebagai Lithium Ion Battery dalam Airway Bill dan tidak diikrarkan dalam sistem ePAM atau borang K1.
“Pengikraran yang tidak betul ini menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan barangan seludup dan membolehkan ia melepasi sekatan pemeriksaan di pintu keluar kastam,” jelas Azam.
SPRM juga sedang menyiasat individu lain, termasuk pegawai kastam dan pengarah syarikat, yang kini berada dalam radar siasatan. Tambahan pula, usaha berterusan dijalankan untuk mengenal pasti negara asal barangan yang diseludup.
“Risikan lanjut masih giat dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan suspek-suspek lain,” tambahnya.
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More
Nurul Izzah Izzati meraih emas dalam acara keirin elit wanita pada Siri Tiga Piala Presiden.… Read More