KOTA BHARU – Skuad Sukarelawan AL Ahamdi, yang diasaskan sejak 2014, sekali lagi turun padang membantu mangsa banjir di Pasir Mas yang masih terkesan akibat bencana banjir besar baru-baru ini.
Misi kemanusiaan ini melibatkan usaha pembersihan kediaman, masjid, dan sekolah, selain pengagihan 610 pek makanan asas yang mengandungi barangan seperti beras, telur, gula, dan gandum.
Menurut Pengasas Skuad Sukarelawan AL Ahamdi, Abdul Halim Abdul Rahman, misi ini adalah hasil kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Keluarga Besar Al Ahmadi (PKAA), Persatuan Penduduk Puncak Bangi, Alumni Victoria Institution 78, Alumni Lepasan Asasi Sains Universiti Malaya, dan 4WD Charity Community.
“Kami menjadikan Masjid Al-Alimi Pasir Mas sebagai pusat operasi sepanjang misi yang berlangsung hampir dua minggu dan berakhir pada 19 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi.
Abdul Halim menjelaskan, misi ini turut melibatkan enam individu penting dari Pusat Kebajikan & Dakwah Singgah Teduh Nur Qaseh (STNQ), iaitu Wan Khairul Effendy Rosazman, Muslim Datang, Yusni Razak, Al Aspuri Malik, Zaidi Bahak, dan Ali Abdul Rahman.
Selain membantu penduduk setempat, mereka juga membersihkan lima buah sekolah yang terjejas, iaitu:
Sekolah-sekolah ini turut dijadikan pusat agihan makanan dan pakaian untuk mangsa banjir.
Penduduk Kampung Lumpor, Tok Rusa, Serungga, serta kawasan sekitar masjid turut menerima bantuan berupa makanan dan pakaian.
Dalam pada itu, Abdul Halim menekankan bahawa cabaran utama sepanjang misi Disember 2024 adalah kekurangan sumber air paip. Situasi ini memaksa skuad menggunakan air boring, air telaga, dan menyelaraskan logistik untuk memastikan kelancaran bantuan.
Mangsa banjir juga menerima sumbangan pakaian muslimah daripada pengasas Ainnur Collection yang turut serta dalam misi ini. -sinarharian
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More