SHAH ALAM – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li, mempersoalkan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kewujudan Titah Adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ku Li menegaskan bahawa parti perlu memberikan reaksi dan tindakan susulan terhadap bukti baharu tersebut. Beliau turut mempertikaikan ketiadaan maklumat rasmi dari pihak kerajaan mengenai titah tersebut, serta kesan undang-undang yang mungkin timbul setelah tambahan bukti itu disahkan oleh Istana Pahang.
“Dengan menerima keputusan mahkamah tentang Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, serta tersebarnya surat dari Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bertarikh 4 Januari 2025 yang mengesahkan kewujudan Titah Adendum berhubung penahanan rumah Najib, beberapa persoalan besar kini timbul.
“Sejak pagi, saya dihubungi ramai pihak mengenai isu-isu ini, termasuk penahanan rumah yang disahkan wujud dan keputusan mahkamah pagi ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Pada hari yang sama, Najib berjaya memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan dan enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Azizah Nawawi, bersama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, membuat keputusan dengan majoriti 2-1 untuk membenarkan rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
Hakim Mohd Firuz memutuskan agar kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk merit semakan kehakiman diputuskan. -Sinarharian
KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim,… Read More
Pegawai KKM sedang melakukan pemeriksaan terhadap konsainan limau mandarin di pintu masuk negara. PUTRAJAYA -… Read More
Harith Iskander semasa sidang media sebelum program DFP Punchline diumumkan batal. SHAH ALAM - Dewan… Read More
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Kasih di Jenjarom. JENJAROM -… Read More
SPRM membekukan 12 akaun dan menyita aset berkaitan sindiket penyeludupan vape. SHAH ALAM - Suruhanjaya… Read More
Potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 membantu meringankan beban kewangan rakyat. KUALA… Read More